Selasa, 29 Mei 2012

BIODATA


BIODATA

                               
NAMA                                    :   Rosmimy Ayu Binti Ismail

NO.MATRIK                          :   A 134867

PROGRAM                            :   Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan  (Separuh Masa )

TAHUN PENGAJIAN            :   Tahun 2

SEMESTER                           :   2011/2012

TUTORIAL                            :   Hari Khamis

MASA                                    :   3 petang hingga 6 petang

TEMPAT                                :   Makmal Terrabyte, Jabatan Kejururawatan UKM,

                                                   Cheras, Kuala Lumpur.

EMAIL                                   :    rosmimyayuismail@yahoo.com.my 

FACEBOOK                          :    Rosmimy Ayu Ismail

NO.TELEFON (H/P)              :    0123978851

NO.TELEFON WARIS          :    0178799203

ALAMAT RUMAH                 :    No.52A, Jalan 2/3D Taman Prima Saujana,

                                                    Seksyen2, 43000 Kajang Selangor.

Rabu, 16 Mei 2012

INOVASI TIN DAN BOTOL MINUMAN

LAMPU MINYAK TANAH


Bahan-bahan :


  1. gunting
  2. gam
  3. tin minuman
  4. botol minuman
  5. penutup botol
  6. pisau
  7. tali kasut terpakai(sumbu api)
  8. cat spray
  9. bunga tampal (sebagai hiasan)
Ilham dan kreativiti ini terhasil semasa saya terpandang lampu minyak tanah yang saya gunakan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu...
SELAMAT MELIHAT INOVASI SAYA!!!!!!












Lampu ini dapat digunakan semasa terputus bekalan elektrik atau sebagai lampu semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Deepavali. Lampu ini juga sesuai dijadikan sebagai hiasan di rumah yang boleh dipamerkan di dalam almari atau di atas meja konsol.

Sabtu, 5 Mei 2012

GAMBAR INOVASI DAN TEKNOLOGI

                                                             1.  SENSOR TRASH CAN


Tong sampah berteknologi tinggi yang mempunyai sensor pada penutupnya. Pengguna tidak perlu lagi mengotorkan tangan apabila mahu membuka penutup tong sampah. Penutup tong sampah ini akan terbuka secara automatik apabila kita berada berhampiran dengannya. Ini merupakan cara yang lebih bersih dan lebih mudah apabila membuang sampah. Penutup tong sampah ini akan terbuka selama 30 saat jika kita berdiri berhampirannya selama 3 saat. Ini akan memberikan masa lebih lama ketika membuang sampah tanpa perlu membuka sendiri penutup tong sampah dengan tangan.




2. IPHONE CONNECTED BLOOD PRESSURE MONITOR


Dengan teknologi tekini, tahap tekanan darah dapat diukur hanya di rumah tanpa perlu ke hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan. Produk terbaru iPhone dari Syarikat Withing ini mempunyai alat pengukur tahap tekanan darah. Dengan alat pengukuran tahap tekanan darah ini, pengguna dapat mengukur tahap tekanan darah di mana-mana sahaja dan dapat dilakukan dengan mudah sekali. Semua data akan disimpan dan direkod ke dalam ruang talian pengguna.



                                               3. ECO PRINTER : Printer Mesra Alam


Eco printer merupakan sebuah printer mesra alam berteknologi tinggi yang membolehkan pengguna menggunakan kertas yang telah digunakan untuk mencetak maklumat baru. Printer ini dapat mencetak maklumat baru di atas sehelai kertas yang telah digunakan secara berulang kali. Ia dapat menjimatkan kos pembelian kertas baru dan dapat memanjangkan jangka hayat sehelai kertas itu kerana ia dapat digunakan berulang kali. Eco Printer ini menggunakan dakwat (ink) khusus yang membolehkan cetakan lama yang ada pada kertas tersebut dapat dihapuskan dengan penyinaran UV. Jadi, kita dapat menggunakan kertas yang sama berulang kali tanpa membuangnya.


                                         4. BANTAL PANAS / TUNGKU ELEKTRIK
                                        
                                                                             4a)

                                                                              4b)                        
                                                                             
                                                                               4c)
                                         
Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri. Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan akan bertahan di antara 2 - 3 jam.




                                                                 5.BRIM Binder

Sebuah alat pengapit digunakan untuk pesakit yang mengalami trauma kerana patah tulang pinggul atau pun tulang kaki seperti femur dan sebagainya, kata Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan UKM, Cheras, Profesor Madya Dr Ismail Mohd Saiboon.
Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Pakar Bedah Trauma (Ortopedik), mencipta alat itu bersama penolong pegawai perubatan Bala Krishnan a/l Muniandy, Prof Madya Dr Muhammad Radhi bin Ahmad dan Prof Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak.



                                                                 6.HIRAPS

                                                                           6a)                           
                                                                         
                                                                            6b)


HIRAPS direkacipta sejak 2004 dan telah pun memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia didapati amat berguna untuk pesakit dalam kecemasan yang dibawa masuk ke jabatan kecemasan.“Selalunya kita kena bekerja dengan pantas untuk mendapatkan alatan dengan cepat.
HIRAPS menukar konsep peralatan yang diperlukan yang sebelum ini disusun secara horizontal atau mendatar kepada sistem di mana kita mendapat alatan itu secara mencancang iaitu secara vertikal.“Dengan ini kita dapat meluaskan kawasan bekerja di bahagian kecemasan dan membolehkan doktor dan petugas lain lebih mudah bergerak. Jadi tidak berlaku perlanggaran, seperti tercucuk jarum dan sebagainya. HIRAPS ini membolehkan kawasan kerja dapat disediakan dengan lebih teratur dan tersusun. Ia sesuai digunakan untuk kawasan-kawasan yang kecil.




                                                              7. KATIL ROBOTIC

KATIL robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda adalah hasil ciptaan terbaru syarikat pengeluar barangan elektronik Panasonic.Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto.Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar.




                                    8. KATIL TUKAR KERUSI RODA (2 DALAM SATU)


SYARIKAT pembuatan mesin di Jepun, Japan Logic Machine, mempamerkan mesin terbarunya berupa katil yang boleh berubah menjadi kerusi roda. Dicipta khusus untuk penjagaan warga emas dan kurang upaya, katil itu dikendalikan robot yang dinamakan Yurina.Produk itu dipamerkan di Pameran Robot Antarabangsa di Tokyo.




                                                        9.TOUGHBOOK CF-H1


Hospital tanpa kertas dapat dilaksanakan, dengan terciptanya carta elektronik melalui penggunaan komputer mudah alih Panasonic yang direka khusus bagi industri penjagaan kesihatan- TOUGHBOOK CF-H1.Komputer mudah alih ini membolehkan kesan, dos ubatan pesakit direkodkan dan dirujuk dengan mudah selaras dengan peningkatan penjagaan kesihatan oleh jururawat.


                                                            10. TONGKAT PINTAR


Si tongkat pintar, begitulah jolokkan dari "The Aid karya Egle Ugintaite of Lithuania" yang berjaya mencipta tongkat ini.Tongkat ini dilengkapi dengan sensor tekanan darah, mampu mengukur denyutan nadi, dan suhu badan. Layar LCD pada pemegang dapat menampilkan data kesihatan. Jika berlaku kecemasan, pemilik hanya perlu menekan tombol SOS, data dari tongkat ini secara automatik akan dihantar ke pusat bantuan terdekat. Ini adalah satu konsep yang amat menarik.





11. HEM-SOLAR MONITOR - (PENGUKUR TEKANAN DARAH DIGITAL)

 
   HEM-SOLAR Monitor merupakan alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah menggunakan sumber matahari sebagai sumber dayanya. Dengan bateri yang telah diisi semula dengan penuh, maka HEM-SOLAR dapat digunakan lebih kurang 15 jam secara manualdan 24 jam secara automatik.

HEM-SOLAR memerlukan sinar matahari, maka ia dibuat dengan menggunakan bahan yang anti radiasi sinar matahari (UV radiations) dan juga non-toxic.



                                                      12. PULSE DIGITAL -Pen pintar.

Pen pintar digital PERKEMBANGAN dunia sains dan teknologi telah mencipta pelbagai aplikasi moden yang mampu menjadikan aktiviti manusia semakin mudah pelbagai segi.Terkini , melalui pen pintar yang diberi nama Pulse Digital, kerja-kerja mencatat menjadi lebih senang kerana ia bukan sahaja mampu merekod data, malah turut berkeupayaan untuk merakam audio. Pen berkenaan perlu digunakan bersama sebuah buku khas yang telah dicipta bersama.


 




                                                       13. TROLI DAN BASIKAL



Inilah konsep basikal boleh lipat yang boleh dijadikan troli ketika membeli belah. Ia merupakan sebuah konsep yang diperkenalkan oleh Ville. Ia berkonsepkan sebuah basikal yang mesra pengguna dimana basikal ini mempunyai 2 bakul untuk membawa barang. Apabila basikal ini dilipat, ia kelihatan seperti sebuah troli beroda 3 dengan 2 bakul.Oleh itu, pengguna boleh membawa masuk 'troli' ini ke pasaraya untuk berbelanja dan tidak perlu risau basikal tersebut akan dicuri . Basikal ini juga boleh ditunggani untuk beriadah sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan dari segi jasmani dan rohani seseorang.




                                                                      




YOUTUBE TEKNOLOGI DAN INOVASI


1. Paip Air Sensor






video



 









2. Jam Tekakan Darah


video









3.Tungku Elektrik

video
                                                               












4. Basikal dan Kerusi Roda 

video








5. Tong Sampah Sensor




video






















6. "Pulse Oximeter"

video


                              


  7. Pemanas Susu
video
                                                                                          


8. "Medical Record System (paperless)"

video









9. Tekanan Darah melalui Telefon


video




10. Kerusi Roda (lasak)

video








11. Glucometer
video











MEMBUDAYAKAN ICT DI KALANGAN JURURAWAT

Tema Hari Jururawat pada tahun 2009 ialah “Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Care Innovations”. Innovasi, adalah tunjang bagi mengekal dan menambahbaikkan mutu penjagaan. Jururawat perlu sentiasa mencari inovasi untuk mendapatkan maklumat baru dan cara-cara yang lebih baik bagi promosi kesihatan, pencegahan penyakit, penjagaan dan penyembuhan atau rawatan. Walau pun innovasi tidak memerlukan “high tech” untuk mendapat impak yang tinggi, ianya memerlukan kreativiti dan imaginasi yang hebat untuk menghasilkan kejayaan.
3. Perubahan dalam demografi dan beban penyakit terus mengkehendaki keperluan-keperluan baru dari sistem kesihatan kita. Keperluan yang bertambah ke atas perkhidmatan kesihatan menyebabkan wujudnya tekanan yang semakin meningkat ke atas sumber-sumber yang semakin berkurangan. Kekurangan sumber-sumber ini, termasuk kekurangan tenaga kerja, harus menjadi satu pendorong inovasi.
4. Keperluan inovasi adalah lebih terdesak di negara membangun seperti Malaysia. Cabaran-cabaran berkaitan tidak mungkin boleh dihadapi tanpa membangunkan cara-cara baru untuk mengatasi masalah-masalah dan menyediakan penjagaan. Bak kata Perdana Menteri kita baru-baru ini, “Business is not as usual.” Jadi, kita semua perlu “think out of the box” dan meningkatkan kreativiti untuk menghasilkan inovasi yang dapat membantu kerja harian kita.
5. Sesungguhnya, inovasi dalam amalan klinikal patutlah menjadi norm di dalam sistem penjagaan kesihatan kita, dengan kemajuan yang pesat dalam peralatan dan teknologi perubatan. Jururawat di masa kini perlu mengendalikan peralatan berteknologi tinggi dan mengaplikasikan teknik-teknik klinikal baru dan produk farmaseutikal baru. Di samping itu, jururawat-jururawat bekerja di semua peringkat perkhidmatan dengan pelbagai jenis pesakit, keluarga, masyarakat, kakitangan penjagaan kesihatan dan kakitangan dalam sektor-sektor lain. Oleh yang demikian, jururawat berada dalam keadaan istimewa untuk menyediakan penyelesaian yang ‘creative’ dan berinovasi yang boleh mewujudkan perbezaan sebenar dalam kehidupan harian pesakit-pesakit, pertubuhan-pertubuhan, masyarakat dan ‘profession’ kejururawatan itu sendiri. Justeru itu, jururawat menghadapi masa depan yang mencabar tetapi penuh dengan peluang-peluang baru.

5 langkah-langkah/saranan/cadangan untuk melibatkan jururawat dalam bidang inovasi dan teknologi :
1. Memberikan latihan dan kursus-kursus kepada jururawat dalam bidang ICT seperti penggunaan komputer untuk memahirkan jururawat dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pesakit.
2. Kementerian Kesihatan perlu memberi sokongan dan galakkan kepada jururawat dalam melibatkan jururawat dan meningkatkan kemahiran berkaitan ICT seperti bantuan dari segi peruntukan dan sebagainya.
3. Jururawat sendiri perlu ada kemahuan dan daya saing untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang ini.
4. Semua pihak seperti ketua jabatan, pengurus jururawat dan ketua jururawat perlu sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan untuk memastikan setiap peralatan mekanikal seperti computer sentiasa berfungsi dan sedia digunakan.
5. Pihak jururawat sendiri perlu mendapat sokongan dari hospital untuk melaksanakan ICT dalam tugasan harian jururawat keatas pesakit untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Nama : Rosmimy Ayu Binti Ismail
1. Nombor Matrik : A 134867
2. Tahun Pengajian : 2011/2012
3. Fakulti : Fakulti Perubatan (kejururawatan)
4. Email : rosmimyayuismail@yahoo.com.my
5. Facebook : Rosmimy Ayu

Khamis, 29 Mac 2012

5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian

5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian,ialah :

Dalam pendidikan, teknologi dan inovasi merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk dipraktiskan kepada setiap pelajar. Kejayaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan juga memerlukan faktor-faktor lain seperti minat dan sikap para pelajar itu sendiri dan sokongan daripada pelbagai pihak.

1. Peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan teknologi dan inovasi kepada anak terutama yang masih belajar. Mereka perlu sentiasa memantau apa yang dilakukan oleh anak mereka. Sebagai contoh, seorang bapa sentiasa memantau apa yang dilayari oleh anaknya. Ibu bapa perlu mengetahui dan memantau web yang di layari oleh anak mereka. Ini dapat menyekat anak daripada melayari laman web yang berunsur ganas, lucah dan lain-lain lagi yang memberikan kesan negatif kepada disiplin dan sahsiah anak mereka.
2. Kerajaan perlu mengawal isu berkaitan pengaruh negatif hasil dari teknologi dan inovasi. Pihak kerajaan perlu mengawal kemasukan unsur-unsur negatif melalui teknologi dan inovasi. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengawal jenis teknologi dan inovasi yang boleh digunakan di Negara ini. Kerajaan juga mempunyai hak untuk menghalang rakyat daripada melayari laman web yang tidak bersesuaian terutamanya kepada para pelajar.
3. Melibatkan peranan media dalam menyebarkan pengaruh berkaitan penggunaan teknologi dan inovasi yang baik dan relevan kepada pelajar. Media juga seharusnya sentiasa memastikan apa yang disebarkan mempunyai unsur yang sesuai kepada pelajar. Media seharusnya berperanan menunjukkan bagaimana cara untuk memanfaatkan teknologi sedia ada ke arah kebaikan serta tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar.
4. Mengadakan kerjasama antara semua pihak untuk mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan pelajar. Ini perlu melibatkan ibu bapa, guru, kerajaan, badan bukan kerajaan NGO serta masyarakat untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar tentang kebaikan dan cara yang betul untuk mengaplikasikan teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian mereka. Kempen yang berterusan serta pemantauan semua pihak dapat mengubah minda pelajar berkaitan manfaat teknologi dan inovasi di samping menggalakkan mereka menggunakannya dengan sebaik mungkin.
5. Menyerapkan keberkesanan kendiri terhadap teknologi dan inovasi
Konsep keberkesanan kendiri adalah satu kepercayaan tentang kebolehan seseorang itu

dalammencapai sesuatu objektif atau matlamat. Seseorang itu perlu percaya bahawa
beliau mempunyai kuasa untuk mendatangkan kesan ke atas sesuatu atau tahap
kecekapan diri sendiri dalam mengunakan teknologi dan inovasi. Konsep keberkesanan
kendiri lebih menjurus kepada kepercayaan seseorang dengan kebolehan atau
kemampuannya melakukan sesuatu perkara.
Perbincangan di atas menunjukkan perlunya suatu usaha berterusan dilakukan bagi memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian, termasuklah tahap pengetahuan, kemahiran, minat, sikap, dan keberkesanan kendiri guru-guru dengan dibantu oleh tahap kemudahan dan kebolehcapaian yang berkualiti tinggi. Dalam jangka masa panjang ianya akan dapat membantu negara menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Ini kerana pihak sekolah, melalui guru-guru, generasi kita dibentuk dan dibimbing supaya berkembang menjadi warganegara yang bukan sahaja kompeten tetapi seorang individu yang mempunyai jatidiri yang kuat dan konsisten.




Nama : Rosmimy Ayu Binti Ismail
1. Nombor Matrik : A 134867
2. Tahun Pengajian : 2011/2012
3. Fakulti : Fakulti Perubatan (kejururawatan)
4. Email : rosmimyayuismail@yahoo.com.my
5. Facebook : Rosmimy Ayu
6. url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=ao3BXhW0bxY&feature=player_detailpage